fb fb fb fb fb

Indonesia juara BATC 2022 wanita

 


SHAH ALAM, 20 Februari- Skuad badminton wanita Indonesia meraih gelaran juara buat kali pertama pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 pada Ahad.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu, Indonesia melakar sejarah tersendiri apabila memastikan trofi kejuaraan menjadi milik mereka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Kemenangan itu sekali gus memastikan Indonesia menebus kekecewaan pada edisi 2018 di Kedah apabila tersingkir di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada Jepun.

Dalam aksi final itu, perseorangan wanita, Gregoria Mariska Tunjung memulakan langkah juara Indonesia menerusi apabila menang 21-9, 21-10 ke atas Sim Yujin.

Korea tidak mudah tunduk, apabila kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi beregu wanita, Baek Ha Na-Seong Seung Yeon yang menewaskan Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi 21-15, 14-21, 21-14.

Memberi saingan sengit, Indonesia kembali berada di depan selepas perseorangan wanita kedua, Putri Kusuma Wardani mengenepikan cabaran Lee Se Yeon dalam aksi straight set 21-10, 21-18.

Gandingan Nita Violina Marwah-Lanny Tria Mayasari kemudian memastikan kejuaraan menjadi milik Indonesia apabila meyumbang mata kemenangan selepas menewaskan Kim Min Ji-Park Min Jeong 23-21, 21-11.

Media Baharu