fb fb fb fb fb

Howe ikrar kesetiaan kepada Newcastle

Pengurus Newcastle, Eddie Howe/ Foto REUTERS

LONDON, 20 Julai-Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berkata dia meletakkan keutamaan kepada kelab berkenaan dan berikrar untuk kekal selagi dia gembira dan berasa disokong oleh pengurusan kelab.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Howe susulan laporan yang mengaitkannya dengan jawatan Ketua Jurulatih England yang masih kosong selepas peletakan jawatan Gareth Southgate.

Selasa lalu, Southgate mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua jurulatih 'Three Lions selepas kecundang pada final Euro 2024 kepada Sepanyol.

Kekalahan tersebut merupakan kali kedua berturut-turut dialami England dan Southgate selepas turut tewas pada final Euro 2021 di tangan Itali.

Persatuan Bola sepak England dilaporkan berminat mencari pengendali berbangsa Inggeris sebagai pengganti kepada Southgate dengan Howe atau bekas pengendali Chelsea,Graham Potter sebagai pilihan utama. Namun, mereka turut membuka kekosongan kepada mana-mana pengurus.

"Saya tidak memikirkan apa-apa selain daripada selain komitmen kepada Newcastle.

"Bagi saya, selagi saya gembira dan rasa disokong dan bebas melakukan pekerjaan saya di kelab ini, saya sudah sangat gembira", kata Howe kepada Radio BBC pada Jumaat daripada kem latihan kelab berkenaan di Jerman.

"Saya berbesar hati dan berbangga menjadi pengurus Newcastle.Saya harap dapat melakukannya pada tahun-tahun berikutnya.

"Saya ingin memenangi trofi buat kelab", tambah Howe.

Persatuan Bola Sepak England pada Jumaat telah mengiklankan kekosongan jawatan Ketua jurulatih di laman sesawang Persatuan berkenaan dan meminta calon-calon yang berminat untuk memohon menerusi portal yang disediakan.

Calon yang berjaya turut perlu memahami dan mempunyai pengalaman bola sepak Inggeris selain mempunyai rekod cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris atau Kejohanan antarabangsa.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD