fb fb fb fb fb

Faisal Halim dibenarkan keluar hospital hari ini

Faisal Halim, 26, mengalami kecederaan melecur di leher, bahu, tangan dan dada dalam serangan asid pada awal Mei lalu

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Pemain Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas 20 hari menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan serangan cecair asid pada 5 Mei lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan perkara itu kepada pemberita AFP hari ini.

"Kami akan mengadakan sidang media bersama Faisal sebaik beliau bersedia," katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memberitahu keadaan Faisal menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani pembedahan cantuman kulit.

Faisal, 26, juga dijangka boleh kembali beraksi seawal Ogos depan sekiranya keadaan beliau semakin baik.

Terdahulu, Ketua pasukan perubatan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, pembedahan 'skin allograft' selama tiga jam ke atas Faisal pada Isnin lalu berjalan lancar dan "lebih baik daripada jangkaan".

ARTIKEL BERKAITAN
Faisal Halim dipantau di ICU, alami kelecuran tahap empat
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Faisal Halim dipercayai diserang dengan asid
Serangan tidak bermoral babitkan Faisal Halim, Sultan Selangor titah siasatan segera
Faisal Halim dalam pemantauan pakar, selepas jalani pembedahan keempat
Polis edar lakaran wajah suspek simbah asid Faisal Halim

SITI AISHAH MD ISA