fb fb fb fb fb

F1 GP Sepanyol: Leclerc mula petak utama, catat masa terpantas di sesi kelayakan

BARCELONA, 22 Mei - Pendahulu kejuaraan dunia, Charles Leclerc dari pasukan Ferrari, beraksi dengan baik pada sesi kelayakan Grand Prix Sepanyol, sekali gus bakal memulakan perlumbaan sebenar di petak hadapan malam ini.

Leclerc sebelum itu berdepan detik cemas apabila hampir terbabas pada sesi kelayakan awal, sekali gus jatuh ke kedudukan ke-10.

Namun, pemandu berusia 25 tahun itu berjaya mengembalikan ketenangannya dan bangkit mencatat masa terpantas 1 minit 18.750 saat di hujung saingan untuk memenangi petak utama.

(FOTO AFP)

Pencabar terdekatnya yang juga juara dunia, Max Verstappen hampir memenangi petak utama itu buat Red Bull, namun terpaksa berpuas hati di petak kedua selepas mengalami masalah jentera.

Seorang lagi pemandu Ferrari, Carlos Sainz akan bermula di petak ketiga dengan George Russell dari pasukan Mercedes di petak keempat.

Manakala juara dunia 7 kali, Lewis Hamilton pula mencatat masa keenam terpantas dan akan bermula di belakang seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez.

Ketika ini kejuaraan pemandu dunia masih diungguli Leclerc dengan 104 mata hasil 2 kemenangan, manakala Verstappen pula di tempat kedua dengan 85 mata hasil 3 kemenangan.

Media Baharu