fb fb fb fb fb

Empat pemain hoki ais Turkmenistan digantung, selepas serang atlet Hong Kong

Foto Reuters

HONG KONG, 10 Februari- Persatuan Sukan dan Jawatankuasa Olimpik Hong Kong menyambut baik keputusan Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) menggantung empat atlet Turkmenistan susulan serangan ke atas pemain Hong Kong ketika Sukan Musim Sejuk Asia berlangsung.

Menurut kenyataan persatuan itu di laman web rasminya, tiga pemain Hong Kong yang cedera telah dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Mereka dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan ia terjadi selepas perlawanan kumpulan C antara Hong Kong dan Turkmenistan.

Bagaimanapun, nama pemain yang terlibat tidak didedahkan.

Persatuan itu menyatakan bahawa mereka menyambut baik respons pantas dan tindakan adil IIHF terhadap insiden tersebut, dengan mengenakan penggantungan segera ke atas atlet Turkmenistan daripada baki kejohanan.

"Tanpa mengira keputusan perlawanan, atlet tidak sepatutnya menjadi mangsa keganasan, sesuatu yang tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun," kata kenyataan itu.

IIHF belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen daripada Reuters.

Badan sukan Hong Kong sebelum ini telah menggesa tindakan disiplin diambil oleh IIHF dan Majlis Olimpik Asia terhadap insiden yang berlaku pada Ahad lalu.

Rakaman kejadian turut tersebar di media sosial termasuk di platform X.

Sukan Musim Sejuk Asia kali ini sedang berlangsung di Harbin, timur laut China.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM