fb fb fb fb fb

Dua pemain PSG cedera selepas mewakili Perancis

Desire Doue (kiri) dan Ousmane Dembele/ REUTERS

PARIS, 7 September - Dua pemain Paris Saint-Germain (PSG), Ousmane Dembele dan Desire Doue, disahkan akan berehat daripada aksi perlawanan selepas mengalami kecederaan ketika mewakili Perancis.

PSG dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, Dembele dijangka berehat selama kira-kira enam minggu selepas mengalami kecederaan hamstring kanan ketika aksi kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine, yang menyaksikan Perancis meraih kemenangan 2-0.

Dalam perlawanan sama, Doue turut mengalami kecederaan otot betis kanan dan dijangka berehat selama empat minggu.

Sementara itu, pada Jumaat, juara Ligue 1 itu mendedahkan bahawa ketua jurulatih mereka, Luis Enrique, bakal menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang selangka akibat kemalangan berbasikal.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI