fb fb fb fb fb

Bundesliga: Union Berlin pecat jurulatih susulan prestasi buruk pasukan

Jurulatih Union Berlin, Bo Svensson / Foto REUTERS

BERLIN, 28 Disember-Union Berlin telah menamatkan kerjasama dengan jurulatih Bo Svensson dan beberapa ahli stafnya, umum kelab Bundesliga itu pada Jumaat, berikutan prestasi buruk pasukan kebelakangan ini.

Union gagal mencatat kemenangan selama lebih dua bulan dan tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir Bundesliga. Mereka kini berada di tangga ke-12 dengan 17 mata daripada 15 perlawanan.

"Selepas analisis menyeluruh musim ini, kami yakin perubahan besar diperlukan untuk mengubah keadaan," kata Pengarah Urusan, Horst Heldt, dalam kenyataan kelab.

"Oleh itu, kami memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Bo Svensson, Babak Keyhanfar, Kristoffer Wichmann dan Tijan Njie."

Keputusan mengenai pasukan kejurulatihan baharu yang akan mengambil alih pasukan pada 2 Januari akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

Union, yang tewas 4-1 kepada Werder Bremen baru-baru ini, akan menentang Heidenheim pada 11 Januari depan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD