fb fb fb fb fb

Azeem lebur rekod kebangsaan 60 meter di Texas

Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi / Foto RTM

TEXAS, 2 Mac-Jaguh pecut negara, Azeem Fahmi sekali lagi mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara 60 meter dalam dewan miliknya.

Catatan masa 6.56 saat dicipta pelari berusia 20 tahun itu di Kejohanan Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, yang berlangsung di Bryan-College Station, di sini awal pagi tadi.

Pada aksi Final acara 60 meter lelaki itu, Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn meraih gangsa dengan perbezaan hanya 0.02 saat di belakang juara.

Rakan sepasukannya, Israel Okon dari Nigeria pula meraih Perak dengan 6.55 saat dan Emas diungguli Jordan Anthony dari Universiti Arkansas dengan masa 6.54 saat.

Pada Februari lalu, Muhammad Azeem mencipta rekod kebangsaan acara 60 meter dalam dewan di Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California dengan catatan 6.60 saat.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD