fb fb fb fb fb

Anak Tiger Woods gagal ke aksi kelayakan Terbuka AS

FOTO REUTERS

MIAMI, 26 April- Charlie Woods, anak lelaki kepada juara major 15 kali, Tiger Woods yang berusia 15 tahun, mencatatkan 81 pukulan pada Khamis sekali gus gagal dalam percubaannya untuk ke aksi kelayakan Terbuka AS.

Charlie Woods adalah antara 84 pemain yang menyertai aksi kelayakan tempatan di Port St. Lucie, Florida.

Dalam pusingan tersebut, Woods melakukan empat bogey dan tiga double-bogey dengan hanya satu birdie dicatatkan.

Dia perlu menamatkan saingan dalam kelompok lima terbaik untuk mara ke kelayakan terakhir.

Persatuan Golf Amerika Syarikat USGA berkata Woods adalah antara 10,084 pemain golf yang menyertai kelayakan tempatan yang cuba memperoleh satu daripada 80 tempat untuk ke Terbuka AS di Pinehurst pada Jun.

Sebanyak 44 negeri di AS dan Kanada menjalankan 109 aksi kelayakan tempatan hingga 20 Mei.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE