GEORGETOWN, 20 Mei - Seramai 693 pemain Skuasy akan berentap pada kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Pulau Pinang 2024 yang bakal berlangsung di Nicol David International Skuash Centre, Bukit Dumbar dari 11 hingga 16 Jun depan.
Menurut Daniel Gooi, Pengerusi Belia,Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, kejohanan yang memasuki tahun ke-20 itu menjadi platform terbaik buat pemain skuasy remaja bagi menampilkan bakat ke peringkat lebih tinggi.
"Kejohanan ini bakal menjadi platform terbaik buat pemain remaja negara bagi bersaing di peringkat tertinggi pada kejohanan kali ini yang sudah memasuki penganjuran kali ke-20", katanya kepada pemberita pada sidang media kejohanan berkenaan.
Antara kategori yang dipertandingkan ialah bawah 19 tahun, bawah 17 tahun, bawah 15 tahun, bawah 13 tahun dan bawah 11 tahun.
Selain Malaysia, kejohanan tersebut turut disertai beberapa negara seperti Macau, Mesir,Belanda, dan Hong Kong.