NATO tidak boleh mewakili Denmark bincang isu Greenland

Greenland yang mahu dirampas Amerika kerana kedudukannya yang strategik serta mempunyai sumber bernilai tinggi. Foto/AFP

COPENHAGEN, 22 Januari – Hanya Denmark yang berhak membuat keputusan mengenai Greenland.

RINGKASAN BERITA AI
  • Denmark menegaskan ia sahaja berhak membuat keputusan mengenai kedaulatan Greenland.
  • Perdana Menteri Frederiksen menafikan sebarang rundingan NATO mengenai isu kedaulatan semalam.
  • AS masih berminat memiliki Greenland melalui perjanjian, walaupun rancangan rampasan ditarik balik.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen ketika mengulas tentang rundingan Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai kawasan di kepulauan Artic itu di Davos, Switzerland pada Khamis.

“Kedudukan Denmark dan Greenland adalah sama, dan tiada rundingan diadakan semalam dengan NATO mengenai kedaulatan kami.

“Sudah tentu hanya Denmark yang boleh membuat keputusan mengenai isu Greenland,”kata Frederiksen.

Terdahulu, Trump mengumumkan Washington telah membatalkan hasrat untuk merampas Greenland secara paksa selepas bertemu Rutte.

Bagaimanapun Amerika tetap mahu memiliki wilayah autonomi Denmark itu melalui sebuah perjanjian dengan NATO yang tidak diperincikan kepada umum. – AFP