
BONN, 12 Januari – Lebih 5,400 sekolah di North Rhine-Westphalia ditutup sebagai langkah berjaga-jaga susulan hujan batu melanda kawasan itu pada Isnin.
- Lebih 5,400 sekolah di North Rhine-Westphalia ditutup sebagai langkah berjaga-jaga susulan hujan batu.
- Keselamatan pelajar diutamakan menurut Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Freiherr-vom-Stein, Claudia Mohme.
- Menteri Pendidikan arahkan pelajar terus belajar secara dalam talian, bukan diberi cuti.
- Perkhidmatan Cuaca Jerman memberi amaran mengenai potensi cuaca buruk akibat hujan batu.
Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Freiherr-vom-Stein di Bonn, Claudia Mohme berkata, keselamatan pelajar menjadi keutamaan.
Menteri Pendidikan negeri itu mengeluarkan arahan pada Isnin agar pelajar tidak diberi cuti sebaliknya mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
“Kami telah mencuba dan menguji sistem ini, kami mahir, dan dengan cara ini, kita boleh menjamin pendidikan dan keselamatan pada masa sama,” kata Mohme.
Perkhidmatan Cuaca Jerman (DWD) sebelum ini memberi amaran berhubung potensi cuaca buruk pada pagi Isnin di seluruh North Rhine-Westphalia dan negeri-negeri lain akibat hujan batu.
Menurut pejabat statistik negeri itu, North Rhine-Westphalia mempunyai lebih dua juta pelajar bagi sesi persekolahan 2024/25.- REUTERS