ARA DAMANSARA, 25 Ogos – Sime Darby Property Berhad memperkukuh dasar dividennya dengan menetapkan agihan antara 40 hingga 60 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti, PATAMI, tidak termasuk item luar biasa.
- Isytihar dividen 1.7 sen sesaham suku kedua 2026, naik 13% tahun ke tahun, melibatkan pembayaran RM115.6 juta.
- Aset di bawah pengurusan meningkat kepada kira-kira RM5 bilion; dana di bawah pengurusan RM2.25 bilion, termasuk pelancaran Dana Usaha Ekonomi Baharu RM1.25 bilion.
- Separuh pertama 2026: hasil RM2 bilion, untung sebelum cukai naik 60% kepada RM635.6 juta; jualan RM1.8 bilion, perindustrian 49%.
Ia merupakan peningkatan berbanding rangka kerja sebelum ini yang menetapkan pembayaran sebanyak 20 peratus daripada PATAMI.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, langkah itu mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan syarikat menjana pendapatan serta aliran tunai operasi yang mampan, disokong pertumbuhan portfolio pendapatan berulang.
Sime Darby Property turut mengisytiharkan dividen 1.7 sen sesaham bagi suku kedua tahun kewangan 2026, meningkat 13 peratus tahun ke tahun, membabitkan pembayaran RM115.6 juta.
Dalam usaha memperluas sumber pendapatan berulang, aset di bawah pengurusan syarikat meningkat kepada kira-kira RM5 bilion setakat Julai, manakala dana di bawah pengurusan mencecah RM2.25 bilion.
Ia termasuk pelancaran New Economy Venture Fund bernilai RM1.25 bilion serta pengembangan portfolio perindustrian dan logistik.
Bagi separuh pertama 2026, Sime Darby Property merekodkan hasil RM2 bilion, manakala keuntungan sebelum cukai melonjak 60 peratus kepada RM635.6 juta.
Syarikat turut mencatat jualan RM1.8 bilion, dengan produk perindustrian menjadi penyumbang terbesar sebanyak 49 peratus.
Bagi separuh kedua tahun ini, kumpulan merancang pelancaran pembangunan bernilai kira-kira RM4.7 bilion dalam Nilai Pembangunan Kasar, GDV, di pasaran domestik dan antarabangsa.