
GEORGE TOWN, 30 April – Pulau Pinang sedia menyokong pembekalan komponen-komponen industri automobil.
RINGKASAN BERITA AI
- Pulau Pinang diiktiraf sebagai gerbang elektrik dan elektronik.
- Negeri berupaya menguasai perkhidmatan pengeluaran komponen kenderaan elektrik.
- Chow Kon Yeow yakin Pulau Pinang berpeluang menerajui pengeluaran komponen EV walaupun penggunaannya belum meluas.
- Kesediaan dilihat relevan seiring peralihan kepada EV, menurut kenyataan selepas pelancaran Penang Autoshow 2026.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai gerbang elektrik dan elektronik turut berupaya menguasai perkhidmatan pengeluaran komponen kenderaan elektrik, EV.
“Saya percaya negeri ini mempunyai peluang untuk menerajui perkhidmatan pengeluaran komponen EV, walaupun penggunaannya ketika ini, masih belum meluas seperti kenderaan konvensional.
“Namun, dengan peralihan kepada EV, Pulau Pinang mampu melaksanakannya”,katanya selepas pelancaran Penang Autoshow 2026, di sini.