Pengumuman rasmi tambang ECRL hujung tahun ini

Foto FB East Coast Rail Link – ECRL

KUALA LUMPUR, 7 September – Kadar tambang perkhidmatan penumpang bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dimuktamadkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • MRL memaklumkan pengumuman rasmi kadar tambang ECRL akan dibuat menjelang akhir tahun ini.
  • Kadar rasmi hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan.
  • Maklumat tambang tular di media sosial tidak tepat; orang ramai dinasihat merujuk saluran rasmi MOT, MRL dan ECRL.
  • ECRL dijangka meningkatkan mobiliti antara Pantai Timur dan Lembah Klang; fasa pertama operasi Disember, perjalanan Kota Bharu ke Gombak anggaran empat jam.

Menurut Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat menjelang akhir tahun ini.

MRL menerusi hantaran di Facebook ECRL memaklumkan, kadar tambang rasmi bagi perkhidmatan penumpang hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) setelah proses penilaian dan kelulusan berkaitan dimuktamadkan.

Sehubungan itu, maklumat mengenai kadar tambang yang kembali tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak tepat dan tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian atau kesimpulan berdasarkan maklumat yang tidak disahkan, sebaliknya merujuk kepada pengumuman melalui saluran rasmi MOT, MRL dan ECRL.

“Penetapan kadar tambang ECRL kelak akan mengambil kira kepentingan rakyat, kemampuan pengguna serta nilai dan kualiti perkhidmatan yang bakal ditawarkan,” menurut hantaran itu.

ECRL bukan sahaja menawarkan pilihan pengangkutan baharu kepada rakyat, malah bakal membawa perubahan besar kepada mobiliti antara Pantai Timur dengan Lembah Klang.

Fasa pertama perkhidmatan rel itu dijangka mula beroperasi Disember ini dengan perjalanan antara Kota Bharu dengan Gombak dijangka mengambil masa empat jam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.