
KUALA LUMPUR, 9 Februari -Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau,” kata seorang peniaga.
- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah dipengaruhi trend bercampur niaga hadapan serantau.
- Sentimen tekanan selepas penurunan harga minyak mentah dan ketidaktentuan dasar perdagangan AS.
- Penurunan minyak disebabkan isyarat perbincangan AS dan Iran mengenai program nuklear.
- SMR20 dan lateks pukal susut kepada 758 dan 576.5 sen sekilogram masing-masing.
Beliau berkata sentimen pasaran menerima tekanan susulan penurunan harga minyak mentah dan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).
“Harga minyak susut pada Isnin selepas AS dan Iran memberi isyarat bahawa mereka akan terus berunding mengenai cita-cita nuklear negara Timur Tengah itu, (tanda) ketegangan serantau yang semakin berkurangan,” katanya.
Ketika ini, minyak mentah Brent berkurang 0.81 peratus kepada US$67.24 setong.
Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai bekalan bahan mentah yang semakin berkurangan di negara pengeluar getah asli utama menjelang Tahun Baharu Cina, selain jangkaan langkah rangsangan China yang menyokong.
Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 2.5 sen kepada 758 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot dua sen kepada 576.5 sen sekilogram. – BERNAMA