
BANGI, 30 Jun– Lebih 240 teknologi hasil penyelidikan tempatan berjaya dikomersialkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion.
- MPOB memberi tumpuan kepada sembilan teknologi baharu meliputi dari sektor perladangan hingga produk bernilai tinggi untuk mempercepat pemindahan teknologi.
- Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB 2026 dirasmikan bagi memacu penyelidikan menjadi aplikasi industri dan meningkatkan produktiviti sektor sawit.
- Teknologi dibangunkan termasuk AI penggredan buah, baja pelepasan terkawal, produk makanan dan kesihatan berasaskan sawit serta bendalir penyejuk pusat data.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pencapaian itu membuktikan hasil penyelidikan MPOB bukan sahaja memenuhi keperluan industri, malah mempunyai nilai komersial yang tinggi.
“Fokus penyelidikan MPOB kini merangkumi sembilan teknologi baharu meliputi sektor perladangan hingga penghasilan produk bernilai tinggi bagi mempercepat pemindahan teknologi kepada industri.
Langkah itu bertujuan mempercepat pemindahan teknologi kepada industri serta meningkatkan produktiviti sektor sawit.,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) MPOB 2026 di Ibu Pejabat MPOB, hari ini.
Antara teknologi yang dibangunkan termasuk sistem kecerdasan buatan (AI) untuk penggredan buah sawit, sistem baja pelepasan terkawal, produk makanan dan kesihatan berasaskan sawit serta bendalir penyejuk untuk pusat data.
Turut dibangunkan ialah minyak pemprosesan getah, minyak asas pelincir, bahan kimia hijau dan teknologi perlindungan tanaman.