Konflik Asia Barat tingkatkan risiko kos bahan api, syarikat penerbangan perlu optimum operasi

Pakar ekonomi Universiti Kuala Lumpur, Business School, Prof Madya Dr Mohd Harridon

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Syarikat penerbangan tempatan yang terkesan dengan konflik di Asia Barat perlu merangka strategi bagi meminimumkan impak terhadap operasi mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenaikan premium risiko global mendorong kenaikan harga bahan api, membebankan kos operasi syarikat penerbangan.
  • Syarikat perlu optimum operasi termasuk struktur semula jadual dan ubah laluan bagi kurangkan impak kewangan.
  • Perubahan laluan meningkatkan penggunaan bahan api dan tempoh penerbangan, menambah lagi kos harian operasi.

Menurut pakar ekonomi Universiti Kuala Lumpur, Business School, Prof Madya Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, ketegangan geopolitik global mendorong peningkatan premium risiko ke atas harga bahan api, sekali gus memberi tekanan tambahan kepada industri penerbangan.

Jelasnya, bahan api penerbangan yang lebih tinggi, berisiko meningkat margin keuntungan syarikat serta menjejaskan keuntungan, sekiranya konflik terus berlarutan.

”Ini satu isu yang perlu ditangani oleh syarikat penerbangan dengan mengoptimumkan operasi mereka.

”Syarikat penerbangan mungkin perlu menstruktur semula jadual penerbangan atau merubah laluan penerbangan yang akan menyebabkan jarak lebih panjang,” katanya kepada RTM.

Tambahnya, perubahan laluan ini secara langsung akan meningkatkan lagi penggunaan bahan api dan memanjangkan tempoh penerbangan, sekali gus menambah kos operasi harian.

Beliau berpandangan, selagi ketidaktentuan geopolitik berterusan, tekanan terhadap kos operasi syarikat penerbangan dijangka kekal mencabar dalam tempoh terdekat.