Kadar jangka pendek kekal stabil

Bank Negara Malaysia (BNM) umum ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar.

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan RM43.02 bilion konvensional dan RM21.83 bilion dana Islam.
  • BNM jalankan tiga tender repo berbalik: RM2.5 bilion 7 hari, RM400 juta 33 hari, RM700 juta 92 hari.
  • Dua tender repo berbalik Islam termasuk perjanjian jual dan beli balik: RM500 juta 7 hari, RM250 juta 33 hari, Murabahah RM450 juta 33 hari.
  • BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM43.02 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.83 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.5 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM400 juta untuk 33 hari dan tender bernilai RM700 juta untuk 92 hari.

Ia akan turut menawarkan dua tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik), iaitu tender bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM250 juta untuk 33 hari serta tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM450 juta untuk 33 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM46.6 bilion dan RM23.0 bilion dalam tender semalaman murabahah.- BERNAMA