Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi BNM

Foto fail/RTM

KUALA LUMPUR, 31 Januari -Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) terus menyerap lebih mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • BNM menjalankan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk menyerap lebihan dana.
  • Operasi ini mengurangkan lebihan tunai dalam sistem konvensional minggu ini.
  • Lebihan tunai dalam sistem Islam kekal tidak berubah berbanding minggu sebelumnya.
  • Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan langkah BNM.

Pada minggu ini, bank pusat melaksanakan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM31.40 bilion pada Jumaat, berbanding RM36.29 bilion pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam kekal tidak berubah pada RM20.70 bilion seperti minggu sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.74 peratus setakat 29 Jan, 2026. – BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan