
KUALA LUMPUR, 16 Januari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan menerusi operasi pasaran.
- Jumlah mudah tunai konvensional turun kepada RM26.50 bilion, manakala dana Islam meningkat kepada RM28.40 bilion.
- BNM melaksanakan tender semalaman konvensional RM26.5 bilion dan Murabahah RM28.4 bilion bagi wang tiga hari.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM26.50 bilion daripada RM29.80 bilion pada pagi ini manakala dana Islam naik kepada RM28.40 bilion daripada RM26.41 bilion sebelum ini.
Terdahulu pada awal hari ini, bank pusat itu menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.
BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM28.4 bilion daripada RM26.7 bilion.
Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM26.5 bilion dan tender semalaman Murabahah RM28.4 bilion, kedua-duanya bagi wang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 15 Januari, 2026. -BERNAMA