
KUALA LUMPUR, 16 Mac – Huawei Malaysia telah melancarkan telefon pintar flagship terbaharunya, iaitu Huawei Mate 80 Pro pada 12 Mac lalu di Kuala Lumpur.
- Sistem tiga kamera canggih 50MP utama, 48MP telefoto 4×, 40MP ultra lebar, dengan True-to-Colour dan ciri AI seperti AI Composition, AI Remove.
- Reka bentuk tahan lasak dengan kaca Kunlun Generasi Kedua, bahan vegan fibre, penarafan IP68 dan IP69 serta sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change.
- Diperkenalkan bersama peranti ekosistem baru dan inisiatif fotografi termasuk kerjasama Tourism Malaysia serta pertandingan Huawei XMAGE Awards 2026.
Menurut syarikat berkenaan, peranti ini direka untuk mengetengahkan had teknologi fotografi mudah alih, ketahanan dan prestasi pintar, sambil mengekalkan janji “See it True” melalui imej yang jelas dan realistik.
Bersama pelancaran telefon ini, Huawei turut memperkenalkan beberapa peranti ekosistem baharu seperti Huawei FreeBuds Pro 5, Huawei Watch Ultimate 2 versi hijau, dan Huawei FreeClip 2 warna Rose Gold bagi melengkapkan pengalaman gaya hidup digital pengguna.
Huawei Mate 80 Pro hadir dengan sistem tiga kamera canggih.
Ia mempunyai kamera utama 50MP Ultra Lighting dengan sensor besar 1/1.28 inci, kamera telefoto makro 48MP dengan zum optik 4×, serta kamera ultra lebar 40MP yang mampu merakam pelbagai jenis pemandangan dengan jelas.
Telefon pintar ini turut dilengkapi sistem kamera True-to-Colour yang memastikan warna gambar kekal tepat dan seimbang dalam pelbagai keadaan pencahayaan, sama ada di luar atau dalam bangunan.
Selain itu, ciri kecerdasan buatan (AI) seperti AI Composition membantu pengguna mengambil gambar dengan komposisi yang lebih baik.
Sistem ini memberi panduan masa nyata tentang pembingkaian gambar agar foto kelihatan profesional tanpa perlu pengetahuan fotografi mendalam.
Terdapat juga ciri AI Remove untuk membuang objek atau individu yang tidak diingini dalam gambar, serta AI Best Expression yang memilih ekspresi terbaik dalam foto berkumpulan dengan menggabungkan beberapa tangkapan gambar.
Dari segi ketahanan, Huawei Mate 80 Pro menggunakan kaca Kunlun Generasi Kedua yang 20 kali lebih tahan hentakan berbanding kaca biasa.
Bahagian belakangnya menggunakan bahan vegan fibre yang tahan lasak dan selesa dipegang.
Telefon ini juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP68 serta IP69, mampu menahan air sehingga kedalaman 6 meter dan semburan air bertekanan tinggi.
Sistem penyejukan SuperCool Dual Phase Change pula membantu mengurangkan haba dan meningkatkan kecekapan penyejukan sehingga 16 peratus.
Reka bentuk telefon ini menampilkan Dual Space Ring Design yang ikonik dengan pilihan warna Gold, Green dan Black.

Dalam pada itu, Huawei turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk kempen fotografi “See, Truly Malaysia” bagi mempromosikan keindahan negara melalui kamera telefon ini.
Selain itu, Huawei turut mengumumkan pertandingan fotografi Huawei XMAGE Awards 2026 yang akan berlangsung dari 23 Mac hingga 16 Ogos ini.
Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pengguna merakam keindahan alam, budaya dan kepelbagaian rakyat Malaysia menggunakan teknologi kamera Huawei.