GEAR-uP perkasa pembiayaan syarikat tempatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pengukuhan hubungan antara mekanisme pembiayaan sedia ada menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) mampu membantu lebih banyak syarikat tempatan berkembang mengikut peringkat pertumbuhan masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia mempunyai modal mencukupi; tumpuan kepada penyelarasan pembiayaan agar syarikat mendapat akses sesuai mengikut tahap pertumbuhan.
  • Rantaian pembiayaan tersusun membolehkan peralihan dari modal teroka ke ekuiti pertumbuhan, pembiayaan perdagangan dan akses ke pasaran modal.
  • GEAR-uP mewujudkan Dana Pemacu, Dana Impak dan Dana Perintis untuk membimbing syarikat daripada modal teroka ke peringkat pertumbuhan.
  • GLIC dan pelabur institusi boleh menjadi pelabur pemangkin, menarik penyertaan swasta dan asing serta menyokong reformasi ekonomi selaras Ekonomi MADANI.

Penganalisis Korporat dan Perniagaan, Mohamad Faisal Abdul Malik berpandangan, Malaysia mempunyai modal mencukupi, sehubungan itu tumpuan perlu diberikan kepada penyelarasan pembiayaan agar syarikat mendapat akses kepada bentuk pembiayaan yang sesuai pada setiap fasa perkembangan.

Rantaian pembiayaan lebih tersusun membolehkan syarikat bergerak daripada pembiayaan awal dan modal teroka kepada ekuiti pertumbuhan, pembiayaan perdagangan serta pasaran modal.

“Malaysia sebenarnya tidak kekurangan modal, tetapi cabaran utama kita adalah bagaimana modal tersebut diselaraskan dan disalurkan kepada syarikat yang tepat mengikut tahap pertumbuhan mereka.

“Kita tidak mahu hanya mencapai maklamat dalam konteks bilangan semata-mata, tetapi kita lebih kepada untuk membina yang lebih banyak syarikat Malaysia yang benar-benar bersedia untuk disenaraikan dan berkembang, berdaya saing mampan dan lestari,” katanya ketika dihubungi RTM.

Pandangan itu selari dengan pendekatan GEAR-uP yang memberi tumpuan kepada kesinambungan sokongan pembiayaan bagi membantu syarikat tempatan meningkatkan skala dan daya saing.

Menerusi program itu, Dana Pemacu, Dana Impak dan Dana Perintis diwujudkan bagi membimbing lebih banyak syarikat berkembang daripada peringkat modal teroka ke peringkat pertumbuhan.

Tambahnya, GLIC dan pelabur institusi turut berupaya memainkan peranan sebagai pelabur pemangkin, termasuk menarik penyertaan lebih besar daripada pelabur swasta dan asing.

GEAR-uP yang dilancarkan Kementerian Kewangan pada Ogos 2024 merupakan inisiatif nasional bagi memacu pelaburan domestik bernilai tinggi menerusi kerjasama GLIC dalam menyokong reformasi struktur ekonomi negara selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.