Dividen Petronas belum diputuskan walaupun harga minyak naik

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/RTM

KUALA LUMPUR, 9 Mac -Masih terlalu awal untuk menentukan sama ada dividen daripada Petronas akan meningkat susulan lonjakan harga minyak mentah global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan beri keutamaan kepada bekalan tenaga domestik yang mencukupi dan kekal stabil.
  • Petronas kekal penyumbang gas terbesar; pasaran domestik dijangka tidak berdepan gangguan bergantung tempoh konflik.
  • Kerajaan komited mengekalkan subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter berdasarkan keupayaan semasa.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bekata, sebaliknya kerajaan ketika ini memberi keutamaan kepada bekalan tenaga domestik khususnya minyak dan gas yang mencukupi dan kekal stabil.

“Malaysia berada di kedudukan yang stabil kerana kita merupakan pengeksport tenaga bersih dan lonjakan harga minyak juga turut memberikan kesan yang positif kepada ekonomi.

“Dari segi bekalan gas di dalam negara, Petronas merupakan kekal penyumbang terbesar dan kita masih lagi berada di kedudukan yang baik,” katanya selepas Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN Ke-2 2026.

Justeru katanya, pasaran minyak dan gas domestik dijangka tidak akan berdepan gangguan bekalan buat masa ini, bergantung kepada tempoh konflik.

Datuk Seri Amir menegaskan semula komitmen kerajaan untuk cuba mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter, berdasarkan kepada keupayaan semasa kerajaan.

Beliau berharap krisis tersebut akan kembali reda dengan segera menerusi pendekatan diplomasi, seterusnya mengurangkan tekanan kepada ekonomi dan sektor terlibat.