Bursa Malaysia dibuka kukuh susulan sentimen bertambah baik

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 April – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street, susulan sentimen pelabur yang bertambah baik berikutan jangkaan konflik di Asia Barat mungkin reda dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • FBM KLCI meningkat 14.12 mata kepada 1,704.48 pada 9.23 pagi.
  • Pasaran lebar: 433 kaunter untung, 200 kaunter rugi, 292 tidak berubah.
  • Saham wajaran tinggi meningkat termasuk Maybank, Public Bank, CIMB, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare.
  • Jumlah dagangan 447.78 juta saham bernilai RM324.14 juta; Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak, Produk Perindustrian dan Tenaga susut.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.12 mata atau 0.84 peratus kepada 1,704.48 daripada paras 1,690.36 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 25.58 mata lebih kukuh pada 1,715.94.

Sentimen pasaran adalah positif dengan 433 kaunter untung mengatasi 200 kaunter rugi. Sebanyak 292 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 447.78 juta saham bernilai RM324.14 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan kenaikan pemulihan susulan laporan yang tidak disahkan bahawa Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, terbuka untuk menamatkan ketegangan dalam masa terdekat, dengan jaminan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju dengan langkah itu.

“Perkembangan terkini AS-Iran ini berpotensi memberi rangsangan kukuh kepada pasaran global. Oleh itu, kami menjangka indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,730 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 16 sen kepada RM11.52, Public Bank naik enam sen kepada RM4.74, CIMB menambah 15 sen kepada RM7.70, Tenaga Nasional meningkat 18 sen kepada RM14.08 dan IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM9.01.

Bagi kaunter paling aktif, Sunway Healthcare menambah enam sen kepada RM2.06, Top Glove susut 4.5 sen kepada 64.5 sen, AirAsia X meningkat tiga sen kepada RM1.14, TWL Holdings tidak berubah pada 2.5 sen dan Capital A naik satu sen kepada 42.5 sen.

Antara kaunter paling untung, Nestle meningkat 80 sen kepada RM99.92, Malaysian Pacific Industries naik 62 sen kepada RM29.40, Dutch Lady Milk Industries menambah 60 sen kepada RM32.30, Sunway Construction meningkat 29 sen kepada RM6.66 dan Petronas Gas naik 26 sen kepada RM18.22.

Bagi kaunter paling rugi, Petronas Chemicals susut 35 sen kepada RM5.72, Gas Malaysia turun 20 sen kepada RM5.80, United Plantations merosot 18 sen kepada RM33.82, Petronas Dagangan berkurangan 16 sen kepada RM21.68 dan Hap Seng Plantation susut sembilan sen kepada RM2.29.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 92.69 mata kepada 12,267.60, Indeks FBM Emas naik 92.76 mata kepada 12,397.14, Indeks FBM 70 menambah 89.32 mata kepada 16,954.01, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 46.80 mata kepada 12,164.01 dan Indeks FBM ACE naik 46.03 mata kepada 4,292.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 271.50 mata kepada 20,295.49, manakala Indeks Perladangan meningkat 0.06 mata kepada 8,984.29.

Sebaliknya, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.70 mata kepada 181.20 dan Indeks Tenaga berkurangan 1.96 mata kepada 795.58.- BERNAMA