Bursa Malaysia dibuka kukuh susulan optimisme konflik Asia Barat mereda

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 April – Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sentimen positif: 262 kaunter untung, 228 rugi, 346 tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan, 11 digantung.
  • Jumlah dagangan 359.84 juta saham bernilai RM248.49 juta.
  • Penganalisis Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi walaupun mesej bercanggah AS dan Iran.
  • Di peringkat domestik masih ada kebimbangan, namun belian dijangka berterusan; indeks dijangka bergerak antara 1,705 hingga 1,720.

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.94 mata atau 0.06 peratus kepada 1,709.84 berbanding paras 1,708.90 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.14 mata lebih tinggi pada 1,712.04.

Sentimen keseluruhan positif dengan 262 kaunter untung mengatasi 228 kaunter rugi, manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 11 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 359.84 juta saham bernilai RM248.49 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi semalam meskipun terdapat mesej bercanggah daripada Amerika Syarikat (AS) dan Iran, disokong perkembangan positif di Asia Barat.

Beliau berkata Presiden AS Donald Trump kekal menegaskan bahawa perang itu akan berakhir dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Pada masa sama, pasaran Asia ditutup kebanyakannya dalam wilayah positif, dengan FBM KLCI menghampiri paras 1,710, didorong kemunculan aktiviti pembelian saham murah susulan prestasi lemah pada hari sebelumnya.

“Di peringkat domestik, kami masih melihat sedikit kebimbangan walaupun prestasi positif. Namun, kami menjangkakan aktiviti belian akan berterusan dan indeks dijangka bergerak dalam julat 1,705 hingga 1,720 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM11.70, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.74, Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM14.06, IHH Healthcare merosot enam sen kepada RM8.90, manakala CIMB tidak berubah pada RM7.71.

Bagi kaunter paling aktif, V.S Industry naik satu sen kepada 21 sen, AirAsia X turun satu sen kepada RM1.20, manakala Velesto Energy dan Bumi Armada masing-masing tidak berubah pada 34 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestle melonjak RM1 kepada RM101.70, Allianz meningkat 30 sen kepada RM21.20, Petronas Chemicals naik 25 sen kepada RM5.65, Press Metal Aluminium bertambah 23 sen kepada RM8.18, dan Hong Leong Industries meningkat 12 sen kepada RM16.78.

Bagi kaunter paling rugi, United Plantations turun 20 sen kepada RM34.60, Westports susut 18 sen kepada RM5.62, Sunway dan AmBank masing-masing merosot 11 sen kepada RM5.07 dan RM6.61, manakala Itmax System turun sembilan sen kepada RM4.62.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 1.16 mata kepada 12,318.75, Indeks FBM Emas naik 1.25 mata kepada 12,452.91, dan Indeks FBM Emas Syariah bertambah 12.84 mata kepada 12,212.52.

Sementara itu, Indeks FBM ACE susut 3.72 mata kepada 4,346.63, dan Indeks FBM 70 turun 22.92 mata kepada 17,079.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 29.81 mata kepada 20,432.44, dan Indeks Perladangan turun 9.36 mata kepada 8,956.91, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.35 mata kepada 184.23, dan Indeks Tenaga naik 0.17 mata kepada 792.49.- BERNAMA