Aset rizab rasmi Malaysia pada AS$129.73 bilion setakat akhir April 2026

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$129.73 bilion setakat akhir April 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Aliran keluar jangka pendek mata wang asing 12 bulan: AS$8.22 bilion termasuk pinjaman, sekuriti dan deposit.
  • Kedudukan jualan hadapan bersih jangka pendek AS$24.45 bilion setakat akhir April 2026, mencerminkan pengurusan kecairan ringgit.
  • Unjuran aliran masuk mata wang asing daripada faedah dan pengeluaran pinjaman projek: USD2.98 bilion bagi 12 bulan.
  • Aliran keluar kontigensi tunggal: jaminan kerajaan atas hutang asing matang dalam tempoh setahun berjumlah US$846.4 juta; tiada opsyen atau kemudahan kredit belum digunakan.

BNM dalam kenyataan hari ini memaklumkan aset mata wang asing lain berjumlah AS$66.6 juta.

Bank pusat itu berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek mata wang asing yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit berjumlah AS$8.22 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing,” menurut bank pusat itu.

BNM berkata kedudukan jualan hadapan bersih berjumlah AS$24.45 bilion pada akhir April 2026, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar amalan sejak April 2006, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

BNM turut mengunjurkan aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.98 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Sementara itu, satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri yang matang dalam tempoh satu tahun berjumlah AS$846.4 juta.

“Tiada pinjaman mata wang asing yang terkandung dalam opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terlibat dalam opsyen mata wang asing berbanding ringgit,” menurut bank pusat itu.

Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir bulan April 2026 kekal boleh guna.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.