fb fb fb fb fb

Yok Saing bakal dirancakkan ke seluruh Johor

Program Yok Saing diadakan di lokasi pertama Felda Pasak, Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 21 Januari- Program baharu Johorfm, Yok Saing akan dirancakkan ke seluruh negeri itu dua kali sebulan, bagi memikat pendengar baharu khususnya orang muda kata Penerbit Rancangan Maslina Wahab.
 
Program baharu itu menjadikan Felda Pasak, Kota Tinggi sebagai lokasi pertamanya hari ini.

Yok Saing fokus kepada mencari pendengar-pendengar baharu dan mendekati pendengar setia Johorfm sejak mula bersiaran pada Februari 1962.

"Johorfm bukan hanya program program berunsurkan maklumat atau orang kata radio orang tua tidak tetapi sekarang Johorfm sudah berwajah baru juga susunan susunan lagu berwajah baru.

"Program-program disusun atur bagi mendorong remaja ataupun pendengar baharu yg ingin mengetahui info-info kerajaan tetapi disampaikan dengan cara menarik dan santai," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu pendengar Johorfm Rosli Mohamed juga menyambut baik segmen Yok Saing yang akan mendekatkan lagi stesen radio permata selatan itu dengan penduduk Johor.

"Jadi kalau seandainya ada satu lagi program yang akan dilaksanakan Johorfm bersama-sama masyarakat felda, kita juga akan bekerjasama," katanya.

Bagi Suryati Othman, dia berpendapat program baharu berterusan turut akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pendengar stesen berkenaan.

"Kita harapkan selepas ini, akan ada lebih banyak program yang dirangka selain secara berterusan selain mengadakan aktiviti-aktiviti yang akan menarik lebih ramai pendengar. Semoga berjaya," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI