
KUALA LUMPUR, 18 Februari – Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyeru umat Islam memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan memperbanyakkan ibadah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat saling membantu antara satu sama lain.
- Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri mendoakan Malaysia dilimpahi rahmat, keberkatan serta kesejahteraan untuk semua rakyat.
- Mereka menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam negara ini.
- Seri Paduka menyeru umat Islam memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan.
- Baginda mengajak memperkukuh perpaduan dan semangat saling membantu antara satu sama lain.
Menerusi hantaran di laman rasmi media sosial baginda, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan serta keharmonian yang berpanjangan.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan dan keharmonian,” titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran tersebut.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Umat Islam di seluruh negara mula berpuasa esok.