fb fb fb fb fb

Yayasan Tenun Pahang Diraja tuan rumah Simposium Tekstil Tradisional Asean ke-8

KUALA LUMPUR, 1 Julai - Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 selama enam hari bermula 25 September ini.

Bertemakan "Celebrating Textiles: A Journey", simposium itu akan mengumpulkan pakar industri bagi membincangkan dan berkongsi maklumat berkaitan pemeliharaan dan kelestarian tenunan asli di rantau ini.

Perasmiannya akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Putrajaya.

Titah Seri Paduka Baginda akan disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain Malaysia, 17 tajuk akan dibentangkan oleh pakar industri dari Brunei, India, Indonesia, Kanada, Laos, Filipina, Myanmar, Belanda, Kemboja, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Selain mengeratkan persaudaraan dalam kalangan negara-negara ASEAN di mana mereka juga sama-sama menggunakan teknik menenun, membuat batik cuma lain sikit, kita juga ingin ketengahkan semua jenis kraf di Malaysia.

“Kita juga ingin menunjukkan apa kerajaan Malaysia buat dalam memperjuangkan kraf walaupun tidak mempunyai banyak reka bentuk seperti negara lain. Kita nak tunjuk apa kerajaan kita buat untuk memastikan hasil kraf ini berkekalan,” titah Seri Paduka pada sidang media di Istana Negara hari ini.

Turut diadakan, pameran, demonstrasi pembuatan kraf seperti Tenun Pahang Diraja, songket, siambitan Sabah, pua kumbu Sarawak, anyaman mengkuang, ukiran kayu serta jualan pelbagai kraf.

“Sepatutnya untuk Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 ini Singapura menjadi tuan rumah, namun saya minta daripada Singapura untuk beri Malaysia dahulu kerana semasa saya berada di sini (Istana Negara), biarlah saya dapat hos simposium ini,” titah baginda.

Media Baharu