fb fb fb fb fb

Yayasan Peneraju sasar 100,000 profesional Bumiputera menjelang 2030

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Februari- Yayasan Peneraju iaitu agensi di bawah Kementerian ekonomi menyasar untuk melahirkan 100,000 profesional Bumiputera bertauliah dalam jurusan kewangan, teknikal dan teknologi menjelang 2030.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata sasaran yang dipercepatkan itu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

"Bermula dengan 2025 ini, kita meningkatkan sasaran hampir tiga kali ganda berbanding dengan pengambilan tahunan sebelum ini. Kalau untuk jurusan perakaunan, setiap tahun hanya 700, tahun ini 2,000. Untuk pelajar lepasan sekolah, SPM sebelum ini 500, tahun ini 1,500. Begitu juga dengan teknologi, kita akan meningkatkannya kepada 5,000 satu tahun, berbanding dengan sebelum ini 3,000-4,000 untuk  sepuluh tahun.

Skim yang dilancarkan itu menyediakan peruntukan tahunan berjumlah RM150 juta kepada Yayasan Peneraju untuk melahirkan profesional Bumiputera dalam pelbagai bidang.

Pengambilan pertama memberi tumpuan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, menawarkan kursus teknologi dengan sasaran 7,200 penyertaan.

Skim pembiayaan itu kemudian akan diperkembang dengan kumpulan sasaran yang lebih luas, termasuk pensijilan dalam perakaunan, perkhidmatan perniagaan dan kewangan.

ROSLINA BINTI DIN