fb fb fb fb fb

Yayasan Pelajaran MARA salur bantuan persekolahan pelajar

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA

PADANG BESAR, 6 Mac- Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan RM10,000 sebagai bantuan persekolahan kepada 100 pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 dalam kategori B40 bagi parlimen Padang Besar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais, bantuan tersebut sebagai tanda sokongan dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan untuk meringankan beban dalam membuat persiapan awal persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang akan bermula Isnin depan.

Sumbangan yang disalurkan itu akan memberi manfaat kepada pelajar terpilih mewakili 18 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di Padang Besar.

Secara keseluruhan, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan RM30,000 yang diagihkan kepada tiga kawasan Parlimen dengan 300 pelajar terpilih.

Program bantuan berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan berdasarkan laporan diterima Jabatan Pendidikan Negeri yang mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan di setiap sekolah rendah dan menengah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA bawah Skim Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA di Pusat Aktiviti KEMAS Alor Tampang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE