fb fb fb fb fb

Yang di Pertuan Muda Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU, 6 April- Yang di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan sumbangan kepada 50 penerima terdiri daripada veteran Angkatan Tentera (ATM), anak veteran, balu serta asnaf dalam program Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tengku Tengah Zaharah, di sini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM itu juga merupakan bantuan bagi persiapan bagi sambutan Aidilfitri.

Terdahulu ketibaan Tengku Muhammad Ismail di perkarangan pintu masuk masjid diiringi Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta disambut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus, bersama-sama beberapa pegawai penjawat tertinggi awam negeri serta wakil-wakil persatuan dan veteran ATM.

Pada majlis itu Tengku Muhammad Ismail turut berkenan mengurniakan sumbangan baju raya kepada anak-anak veteran, bakul makanan kepada veteran asnaf dan juga duit raya kepada veteran yang memerlukan.

Kesemua sumbangan disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dan Yayasan Veteran ATM ini bertujuan untuk meringankan beban bagi penerima yang kurang berkemampuan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara berbuka puasa dan seterusnya solat maghrib sehingga tarawih.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI