fb fb fb fb fb

Wujud kegiatan jual 'vape' mengandungi dadah

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 2 November- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik vape yang mengandungi dadah secara terbuka.

Tindakan membanteras kegiatan itu sedang diambil PDRM.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas.

Jumlah sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.

Media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna.

Noorsiah turut menegaskan, "PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini."

(Foto hiasan)

Media Baharu