fb fb fb fb fb

Kontrak hadapan emas ditutup dengan 11 lot diniagakan di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) mengakhiri dagangan malam ini dengan 11 lot diniagakan dan enam kontrak dicatatkan pada Rabu.

Pada akhir dagangan, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia bagi November 2022 naik US$6.50 kepada US$1,657.80 bagi setiap troy auns.

Kontrak Disember 2022, Januari 2023, Februari 2023, April 2023 dan Jun 2023 masing-masing pada US$1,672.40.

(Foto hiasan)

Harga emas fizikal berada pada US$1,645.25 setiap troy auns sepertimana diterbitkan oleh LBMA PM Fix pada 1 November, 2022.-BERNAMA

Media Baharu