fb fb fb fb fb

Waspada taktik pancingan data

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 3 September - Bank Rakyat baru-baru ini menjelaskan insiden kemungkinan ketirisan data yang mungkin melibatkan beberapa maklumat pelanggan.

Bank tersebut dalam satu kenyataan berkata, berikutan langkah proaktif yang dilaksanakan insiden kemungkinan ketirisan data telah berjaya dikawal.

Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan telah memaklumkan pelanggan dengan sewajarnya.

Di samping itu, bank itu turut menasihatkan pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap taktik pancingan data dan kaedah penipuan berpotensi lain .

"Sebagai tindak balas terhadap ketirisan tersebut, Bank Rakyat telah melaporkan insiden kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

"Bank memberi jaminan kepada pelanggan,rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan kekal berfungsi sepenuhnya," menurut bank itu dalam satu kenyataan sambil menambah integriti dan keselamatan data pelanggan kekal sebagai keutamaan utama bank.

Sekiranya ada pelanggan mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka perlu segera menghubungi pusat panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800 atau 03-5526 9200 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

TETITIA YUSOFF