KUALA LUMPUR, 8 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan jangkaan cuaca signifikan, bahawa taufan Fung-wong sedang aktif di Lautan Pasifik Barat.
Ia dijangka bergerak ke arah barat merentasi Filipina menuju ke Laut China Selatan.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan fenomena garis badai yang membawa bersama ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan WP Labuan pada 9 hingga 10 November 2025.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia, serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.