Warga Kemboja maut motosikal terbabas

Motosikal ditunggang mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta/ Foto RTM

ROMPIN, 14 Mac – Seorang lelaki warga Kemboja maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan di Jalan Selendang–Rompin berhampiran simpang Bukit Serdang, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Motosikal dipercayai hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta sedan.
  • Pemandu kereta wanita 35 tahun dan penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
  • Motosikal dipercayai milik rakan, cukai jalan tamat sejak 2021; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.05 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Chu Aly disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan ketika tiba di lokasi, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis sedan.

“Kereta tersebut dipandu seorang wanita berusia 35 tahun bersama penumpang wanita sebaya, namun kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut beliau, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai milik rakannya dan didapati cukai jalan kenderaan itu telah tamat tempoh sejak 2021.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.