fb fb fb fb fb

Warga emas, rugi lebih RM600,000 diperdaya 'Macau Scam'

JOHOR BAHRU, 20 Jun- Seorang lelaki berumur 68 tahun mengalami kerugian RM625,500 selepas diperdaya sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bermula 11 Mei hingga 5 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md Jusin berkata dalam tempoh itu, mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi wang simpanan.

Beliau berkata sindiket menyamar sebagai anggota polis, memberitahu mangsa terlibat pengambilan ubat terlarang dan penggubahan wang haram.


(Foto hiasan)

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa memindahkan semua wang daripada akaun miliknya, ke satu akaun sindiket, bagi tujuan siasatan.

"Suspek turut berjaya meyakinkan mangsa bahawa akaun bank miliknya akan diaudit dan disiasat.

"Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah memaklumkan perkara tersebut kepada anaknya", katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Media Baharu