Warga emas maut kereta terbabas dalam parit

FOTO JBOM SARAWAK

SERIAN, 13 Februari – Seorang warga emas lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Kampung Lintang Baru, Batu 28 Jalan Kuching–Serian, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu berusia 70 tahun ditemukan tersepit dan tidak sedarkan diri selepas kereta terbabas ke dalam parit.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan KKM.
  • Dua penumpang lain, seorang warga emas dan seorang kanak-kanak, dilaporkan cedera.
  • Lima anggota bomba digerakkan bersama jentera untuk operasi mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat kepada polis.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian melibatkan sebuah kereta yang dipandu mangsa sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Mangsa, Then Let Fui, 70 tahun, didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut kenyataan PGO Bomba Sarawak.

Dalam kejadian sama, dua penumpang iaitu seorang warga emas dan seorang kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan.

PGO memaklumkan seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 petang.

Operasi mengeluarkan mangsa berjaya dilakukan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.