fb fb fb fb fb

Warga emas hilang selepas berlaku salah faham keluarga

Foto hiasan

SEREMBAN, 10 Februari- Polis mengesan seorang warga emas tidak pulang ke rumah selepas dikatakan berlaku salah faham dengan keluarganya di sebuah rumah di Kampung Air Gelugor, Gemencheh, Tampin semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman dalam satu kenyataan berkata, anak mangsa memaklumkan bapanya (70 tahun) didapati keluar rumah menaiki kereta jenis Honda HRV pada pukul 9.30 pagi.

"Pakaian terakhir yang dilihat dipakai oleh mangsa ialah kemeja-T berbelang biru kelabu, berseluar biru, dan berkopiah. Anaknya telah menghubungi nombor telefon bimbit ayahnya tetapi gagal dihubungi dan belum pulang ke rumah.

"Kali terakhir telefon bimbit mangsa boleh dihubungi kira-kira 1 tengah hari semalam dan hebahan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat melalui Pusat Kawalan Daerah Tampin," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin melalui talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI