fb fb fb fb fb

Warga emas hilang ketika mencari sayur hutan ditemukan meninggal dunia

FOTO JBPM SARAWAK

SIBURAN, 23 Julai- Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di hutan ketika mencari sayur di Kampung Beradau, Siburan petang semalam telah ditemukan meninggal dunia.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melaporkan, mangsa Lucian Singip, 60 tahun telah ditemukan pasukan Mencari dan Menyelamat SAR kira-kira pukul 10.00 pagi tadi sekitar 200 meter dari pusat kawalan operasi bencana.

Kematian mangsa telah disahkan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian.

Kehilangan mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak 6.00 petang semalam telah dilaporkan oleh anaknya dan operasi SAR telah digerakkan.

Operasi hari ini membabitkan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan selain enam anggota polis dan tiga orang penduduk kampung.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE