MIRI, 21 Januari- Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari Jambatan Lutong, Miri kira-kira pukul 2.00 petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi, PGO Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.15 petang.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Lutong dan BBP Miri digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, setakat pukul 3.00 petang, Operasi Mencari dan Menyelamat, SAR telah melakukan pencarian sehingga satu kilometer ke hulu dan ke hilir sungai menggunakan bot bomba.
Operasi SAR diketuai oleh Komander Operasi BBP Lutong PBK II Mohammad Faizul Ali bersama tujuh anggota manakala tujuh anggota lagi dari BBP Miri.
Pihak bomba turut membuka sebuah pos kawalan di Kampung Pangkalan Lutong.