fb fb fb fb fb

Wanita warga emas maut, kereta dinaiki dirempuh ketika keluar simpang

Seorang wanita warga emas maut manakala cucu perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di simpang tiga N-city, Bakar Arang, Sungai Petani, petang tadi

SUNGAI PETANI, 25 Jun - Seorang wanita warga emas maut manakala cucu perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan di simpang tiga N-city, Bakar Arang, di sini, petang tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu membabitkan dua kenderaan.

Mangsa Lam Koi Lan, 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
 
Manakala cucunya, Teh Chia Yin, 18 tahun cedera di tangan.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Wan Azharuddin Wan Ismail berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa keluar dari simpang secara tiba-tiba dan dirempuh sebuah kereta lain.
 
Kes disiasat dibawah Sekysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN