
KUCHING, 14 Mac – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Flat Betong KMC , Jalan Central Timur, di sini malam tadi (Jumaat).
- Mangsa dikenal pasti sebagai Ku Nyuk Yin, dianggarkan berusia lingkungan 90-an.
- Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.10 malam dan BBP Padungan digerakkan ke lokasi.
- Bomba membuka pintu rumah dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
- Pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia; mayat diserahkan kepada polis. Operasi tamat pada 9.55 malam.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 90-an dikenali sebagai Ku Nyuk Yin.
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.10 malam berhubung seorang mangsa dipercayai terperangkap di dalam rumah.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan kemudian digerakkan ke lokasi.
Menurut maklumat awal, pengadu menyatakan ibunya berada di dalam rumah yang tidak dapat dibuka dari luar.
“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba bertindak membuka pintu rumah berkenaan sebelum menemui seorang wanita warga emas berusia 90-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.”
“Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.55 malam.