
KUALA PILAH, 21 Februari – Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun selepas didakwa menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini malam tadi.
- Seorang wanita ditahan kerana disyaki menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol.
- Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan alat pembuka tin sebagai senjata tajam.
- Mangsa berusia sekitar 80-an dirawat di Hospital Rembau dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
- Suspek dipercayai mungkin mengalami masalah kesihatan mental, kes disiasat di bawah Seksyen 326.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 7.08 malam berhubung satu pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di kampung berkenaan.
“Mangsa yang berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” menurutnya dalam kenyataan.
Tambah beliau, suspek mungkin mempunyai masalah kesihatan mental, namun motif dan kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999. – Bernama