fb fb fb fb fb

Wanita nyaris maut kereta dipandu dihempap pokok

FOTO JBPM PERAK

KAMPAR, 13 Mei- Berpantang maut sebelum ajal, seorang wanita hampir maut selepas kereta yang sedang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.55 pagi.

Beliau berkata, pasukan bomba daripada BBP Kampar seramai tujuh orang anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera FRT.

"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan penyelamat mendapati sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta.

"Terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu dan operasi menyelamat kemudian digerakkan menggunakan ‘chain saw’ bagi memotong pokok terbabit,"menurutnya dalam kenyataan tersebut.

Jelas Sabarodzi, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan daripada keretanya tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 8.27 pagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE