fb fb fb fb fb

Wanita maut tersepit nahas babit tiga kenderaan

Foto Polis

TEMERLOH, 6 Ogos - Seorang wanita maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Jalan Semantan dekat Kampung Megat Segama, di sini petang tadi. 

Kemalangan kira-kira pukul 3.44 petang itu membabitkan kereta serta dua lori membawa tong gas dan kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner (ACP) Mazlan Hassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit dalam kereta.

"Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang berada dalam kereta turut cedera akibat tersepit manakala kedua-dua pemandu lori selamat," kata Mazlan menerusi kenyataan.

Beliau berkata, tujuh anggota dengan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh dikerah ke lokasi kejadian yang berada kira-kira 15 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

Anggota bomba yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

TETITIA YUSOFF