fb fb fb fb fb

Wanita maut dalam kebakaran pangsapuri di Taman Lembah Maju

Foto Bomba

KUALA LUMPUR, 28 Julai- Wanita maut, manakala seorang lelaki melecur dalam kebakaran sebuah unit pangsapuri di Taman Lembah Maju malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 9.46 malam.

Sebuah jentera dengan kekuatan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran membabitkan sebuah rumah pangsapuri lima tingkat terbakar di tingkat bawah.

Terdapat dua mangsa iaitu seorang wanita melecur 80 peratus dan disahkan meninggal dunia, manakala seorang lelaki melecur di tangan kanan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan, manakala mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Punca kebakaran rumah yang musnah 30 peratus itu masih dalam siasatan.

ROSLINA BINTI DIN