fb fb fb fb fb

Wanita ditemui tidak bernyawa dalam kereta, rakan lelaki pengsan

Seorang wanita ditemui mati manakala rakan lelakinya tidak sedarkan diri dalam kereta di stesen minyak jalan Sultan Ibrahim

KOTA BHARU, 27 November - Seorang wanita ditemui dalam keadaan tidak bernyawa manakala seorang lagi rakannya tidak sedarkan diri dalam kereta, di sebuah stesen minyak dekat jalan Sultan Ibrahim pada 10.17 malam tadi.

Mangsa masing-masing berusia 20 tahun merupakan seorang lelaki dan wanita dijumpai terbaring tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Myvi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan keracunan gas karbon monoksida.

"Mayat wanita tersebut telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk tujuan bedah siasat," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebaran gspekulasi berhubung kejadian tersebut dan menghormati privasi keluarga mangsa," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN